Kepentingan Empati Dalam Rawatan Pesakit

Kadang-kadang bila seseorang datang ke klinik, apa yang mereka bawa bukan hanya sakit pada badan.
Tetapi juga rasa risau..
Penat..
Takut..
Dan harapan supaya ada seseorang yang benar-benar mendengar..
Ada pesakit yang masuk dengan wajah tenang tetapi sebenarnya sudah menahan sakit beberapa hari.
Ada juga yang berkali-kali berkata..
“Tak apa doktor, saya okay..”
Sedangkan jelas mereka sedang cuba kuatkan diri.
Sebab itu dalam dunia perubatan, rawatan bukan sekadar memberi ubat atau melakukan pemeriksaan.
Cara kita bercakap dengan pesakit, cara kita menerangkan keadaan mereka dan cara kita membuat mereka rasa selesa..
Semuanya sangat penting.
Kerana kadang-kadang, pesakit tidak ingat semua istilah perubatan yang disebut tetapi mereka akan ingat bagaimana mereka dilayan.
Di Klinik Seri Anggun, kami sentiasa cuba memberikan rawatan dengan penuh perhatian dan profesionalisme.
Bukan sekadar untuk merawat penyakit, tetapi juga untuk memastikan setiap pesakit rasa dihormati, difahami dan dijaga dengan baik sepanjang proses rawatan.
Tidak semua kesakitan dapat dilihat dengan mata kasar.
Sebab itu mendengar dan memahami pesakit juga adalah sebahagian daripada rawatan.
Dan bagi kami, setiap pesakit berhak mendapat perhatian yang terbaik.
Dr. Fatimah
Klinik Seri Anggun
