Kepentingan Vaksin Untuk Kanak-Kanak Dan Orang Dewasa

“Dulu masa kecil, ramai antara kita takut bila nampak jarum vaksin..”
Tetapi bila semakin dewasa, ramai mula faham..
Kadang-kadang perkara yang paling tidak selesa untuk sekejap itu sebenarnya adalah usaha untuk melindungi kesihatan dalam jangka masa panjang.
Di kaunter Klinik Seri Anggun, kami selalu melihat pelbagai reaksi bila tiba waktu vaksin.
✅ Ada anak kecil yang menangis sambil peluk ibu.
✅ Ada parents yang cuba tenangkan anak dengan senyuman walaupun mereka sendiri risau.
✅ Dan ada juga orang dewasa yang masih takut jarum tetapi tetap datang kerana tahu pentingnya penjagaan kesihatan.
Dan percayalah..semua perasaan itu normal 😊
Sebab itu vaksinasi memainkan peranan penting bukan sahaja untuk kanak-kanak, tetapi juga:
✅ Orang dewasa
✅ Warga emas
✅ Ibu mengandung
✅ Dan individu yang mempunyai risiko kesihatan tertentu
Di Klinik Seri Anggun, kami sentiasa cuba memastikan setiap pesakit:
✅ Diberi penerangan dengan baik
✅ Dilayan dengan tenang
✅ Dan melalui proses rawatan dengan lebih selesa
Kerana bagi kami, healthcare bukan hanya tentang prosedur tetapi juga tentang bagaimana seseorang itu rasa dijaga dan difahami sepanjang berada di klinik.
Menjaga kesihatan bukan hanya untuk diri sendiri kerana kadang-kadang, ia juga untuk orang yang kita sayang 😊
Syed Amirul
Frontliners Klinik Seri Anggun
