Klinik Yang Mengutamakan Pesakit Dengan Penuh Perhatian Dan Profesionalisme

Di Klinik Seri Anggun, setiap pesakit yang melangkah masuk ke pintu kami membawa cerita yang berbeza-beza.

Ada yang datang dengan senyuman..

Ada yang datang dalam kesakitan..

Ada ibu yang risaukan anak kecilnya..

Ada warga emas yang datang perlahan-lahan untuk mendapatkan rawatan..

Dan ada juga yang hadir selepas penat bekerja seharian sambil menahan sakit..

Tetapi bagi kami, setiap seorang tetap mempunyai satu perkara yang sama:

'Mereka datang dengan harapan untuk rasa lebih baik.'

Di sini, kami tidak melihat:

❌ Bangsa

❌ Agama

❌ Latar belakang

❌ Pekerjaan

❌ Status

Tiada beza: T20/M40/B40

Tiada beza: Kanak-kanak, Dewasa & Warga Emas..

Kerana apabila seseorang itu sedang sakit atau memerlukan bantuan, mereka semua adalah pesakit yang perlu diberikan perhatian, layanan dan penjagaan yang terbaik.

Sebab itu setiap rawatan di Klinik Seri Anggun dilakukan dengan:

✅ Penuh tekun

✅ Penuh dedikasi

✅ Professionalisme

Daripada frontliners kami..

Kepada doktor..

Sehinggalah kepada team yang bekerja di belakang tabir..

Kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk setiap pesakit yang hadir.

Kerana kadang-kadang, perkara yang paling diingati pesakit bukan hanya ubat atau rawatan..

Tetapi bagaimana mereka dilayan sewaktu berada di klinik.

Adakah mereka didengari?

Adakah mereka difahami?

Adakah mereka rasa dihargai sebagai manusia?

Dan itulah yang sentiasa kami cuba jaga setiap hari 😊

Kerana bagi kami, kesihatan anda sentiasa menjadi keutamaan kami.

Dr. Fatimah X Syed Amirul

Klinik Seri Anggun