Luka Kecil Belum Tentu Ringan: Bila Luka Perlu Jahitan?

Kadang-kadang luka nampak kecil sahaja di luar tetapi sebenarnya cukup dalam sehingga memerlukan jahitan.
Antara kes yang biasa kami terima:
⛔ Terkena pisau semasa memasak
⛔ Luka akibat jatuh
⛔ Luka terkena besi atau objek tajam
⛔ Luka kanak-kanak ketika bermain
Ramai tunggu terlalu lama kerana ingat:
“Nanti okay sendiri.”
Sedangkan jika luka dibiarkan terlalu lama:
⛔ Risiko jangkitan boleh meningkat
⛔ Luka lebih sukar bercantum
⛔ Dan parut juga boleh jadi lebih ketara
Untuk luka yang dalam atau terbuka, rawatan awal sangat penting supaya proses penyembuhan lebih baik & selamat.
Jika anda atau ahli keluarga mengalami luka yang memerlukan rawatan kecemasan atau jahitan, boleh datang ke Klinik Seri Anggun untuk pemeriksaan lanjut.
“Badan anda, tanggungjawab anda..”
Flacesiana Ladda
Frontliners Klinik Seri Anggun
