Kenapa Pemeriksaan Kesihatan Berkala Penting? – Elak Penyakit Sebelum Terlambat

Green Fern

Ramai orang berasa sihat dan beranggapan tidak perlu membuat pemeriksaan kesihatan. Namun hakikatnya, banyak penyakit kronik bermula tanpa tanda awal yang jelas. Penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, masalah hati dan buah pinggang boleh berkembang secara senyap tanpa kita sedar. Bila simptom muncul, biasanya penyakit sudah berada pada tahap yang lebih serius.

Di Klinik Seri Anggun, kami sering menerima pesakit yang datang selepas mengalami komplikasi. Ada yang tiba-tiba pitam kerana tekanan darah terlalu tinggi, ada juga yang datang dengan bacaan gula sangat tinggi ketika hamil. Jika pemeriksaan kesihatan berkala dilakukan lebih awal, masalah ini boleh dicegah atau dikawal dengan lebih mudah.

Apa Itu Pemeriksaan Kesihatan Berkala?

Pemeriksaan kesihatan (medical checkup) adalah satu set ujian untuk menilai tahap kesihatan seseorang. Ia merangkumi:

  • Ujian darah – untuk memeriksa kolesterol, gula, fungsi hati, buah pinggang, hormon dan jangkitan.

  • Ujian air kencing (urine test) – untuk kesan masalah buah pinggang, jangkitan atau diabetes.

  • X-ray & ECG – bagi mereka yang ada simptom sakit dada, batuk berpanjangan, atau risiko penyakit jantung.

  • Pemeriksaan fizikal oleh doktor – tekanan darah, berat badan, BMI, dan pemeriksaan asas keseluruhan.

Kenapa Penting Buat Medical Checkup?

  1. Kesihatan lebih terkawal – penyakit dikesan awal lebih mudah dirawat.

  2. Lebih jimat kos – rawatan awal lebih murah berbanding rawatan komplikasi.

  3. Kurangkan risiko kecemasan – elak situasi tiba-tiba masuk hospital kerana serangan jantung, strok atau komplikasi lain.

  4. Beri ketenangan fikiran – ramai pesakit rasa lebih lega bila tahu keadaan sebenar kesihatan mereka.

Siapa Perlu Buat?

  • Individu berusia 30 tahun ke atas.

  • Wanita hamil (dengan ujian khusus seperti MOGTT).

  • Mereka yang ada sejarah keluarga penyakit kronik.

  • Individu sibuk bekerja dan jarang ke klinik.

👉 Jangan tunggu sakit baru mahu berubat. Buat pemeriksaan kesihatan berkala di Klinik Seri Anggun Rawang & Kelana Jaya untuk kesihatan jangka panjang yang lebih baik.