Penjagaan Ibu Hamil & Selepas Bersalin Sangat Penting

"Kerana seorang ibu yang sihat, adalah permulaan kepada keluarga yang kuat.."

Ada satu fasa dalam hidup seorang wanita..

yang penuh dengan rasa gembira, tetapi dalam masa yang sama, penuh dengan kebimbangan.

Kehamilan.

Setiap hari, seorang ibu memikirkan banyak perkara.

“Adakah bayi saya sihat?”

“Normal ke apa yang saya rasa ini?”

“Cukup ke saya jaga diri saya dengan betul?”

Walaupun orang sekeliling kata,

“Relax, semua akan okay..”

Seorang ibu tetap akan berfikir.

Dan selepas melahirkan pula, perjalanan itu sebenarnya belum selesai.

Tubuh masih dalam proses pulih.

Emosi turun naik.

Tidur tidak menentu.

Tetapi dalam diam, seorang ibu tetap cuba kuat..demi anak yang baru dilahirkan.

Sebab itu, penjagaan antenatal dan postnatal sangat penting.

Bukan hanya untuk memastikan bayi membesar dengan sihat, tetapi juga untuk menjaga kesihatan ibu secara fizikal dan emosi.

Kadang-kadang, apa yang ibu perlukan bukan sekadar rawatan..

Tetapi tempat untuk bertanya.

Tempat untuk faham apa yang sedang dilalui.

Dan tempat yang memberi ketenangan.

Jika anda sedang melalui fasa ini, anda tidak keseorangan.

Dapatkan pemeriksaan dan nasihat yang betul,supaya perjalanan ini menjadi lebih tenang dan terjaga.

Kerana seorang ibu yang sihat, adalah permulaan kepada keluarga yang kuat.

Pengamal Perubatan

Klinik Seri Anggun