Pemeriksaan FOMEMA: Kenapa Ia Penting Untuk Pekerja Asing?

Ramai yang anggap pemeriksaan FOMEMA hanyalah sekadar prosedur biasa untuk urusan kerja.
Datang klinik, buat pemeriksaan, tunggu keputusan..selesai.
Tetapi sebenarnya, pemeriksaan ini memainkan peranan yang sangat penting, bukan sahaja untuk urusan dokumentasi, tetapi juga untuk memastikan tahap kesihatan pekerja berada dalam keadaan yang baik.
Melalui pemeriksaan FOMEMA, beberapa aspek kesihatan akan dinilai seperti:
✅ Tekanan darah
✅ Pemeriksaan Fizikal
✅ Ujian Darah & Air Kencing
✅ X-ray Dada
Dan dalam sesetengah kes, ada individu yang hanya mengetahui mereka mempunyai masalah kesihatan selepas menjalani pemeriksaan ini.
Bagi pekerja pula, proses yang lancar dan jelas sangat membantu. Sebab itu, persediaan awal juga penting seperti:
✅ Membawa dokumen yang lengkap
✅ Mendapatkan rehat yang cukup
✅ Hadir mengikut waktu yang ditetapkan
Ini dapat membantu memudahkan keseluruhan proses pemeriksaan.
Di sebalik setiap pemeriksaan, sebenarnya ada ramai frontliners klinik yang membantu memastikan semuanya berjalan dengan teratur, daripada pendaftaran sehinggalah selesai.
Walaupun rutin harian kelihatan biasa, setiap individu yang hadir tetap diberikan perhatian dan panduan yang sebaiknya.
Kesihatan yang baik bukan sahaja penting untuk bekerja, tetapi juga untuk menjalani kehidupan harian dengan lebih baik dan selamat.
Untuk pertanyaan berkaitan pemeriksaan FOMEMA, anda boleh hubungi atau hadir ke Klinik Seri Anggun.
Syed Amirul
Frontliners Klinik Seri Anggun
