Sakit Lutut Dan ‘Air Bisa’: Jangan Tunggu Sampai Susah Berjalan

Bila sakit lutut sampai nak bangun dari kerusi pun terasa perit, itu bukan lagi 'sakit biasa'..

Ramai orang mula sedar tentang masalah lutut hanya apabila ia mula mengganggu rutin harian.

⛔ Nak naik tangga perlahan-lahan.

⛔ Nak berjalan jauh mula rasa berat.

⛔ Kadang lutut terasa tegang, bengkak, atau seperti ada 'air' di dalamnya.

Dan ramai juga yang kenal keadaan ini sebagai 'air bisa'..

Sebenarnya, dalam banyak kes, sakit lutut boleh berlaku disebabkan keradangan sendi atau osteoarthritis (sendi haus), yang menyebabkan pengumpulan cecair dalam lutut. 

Bila keadaan ini berlarutan, lutut boleh jadi semakin tidak selesa untuk bergerak.

Di Klinik Seri Anggun, doktor akan periksa dahulu keadaan lutut pesakit untuk memahami punca sebenar sakit dan tahap masalah yang dialami.

Jika sesuai, rawatan seperti sedutan cecair pada lutut akan dilakukan dengan berhati-hati untuk membantu mengurangkan tekanan dan ketidakselesaan pada sendi.

Ada pesakit datang berjalan perlahan kerana sakit dan selepas rawatan, mereka mula rasa lutut lebih ringan dan selesa sedikit untuk bergerak.

Yang penting, jangan tunggu sehingga pergerakan harian semakin terbatas.

Kadang-kadang bila sakit mula berkurang, barulah seseorang boleh kembali menjalani rutin harian dengan lebih yakin.

Dan itu sebenarnya sangat bermakna, buat kami di sini dan anda juga..

Dr. Shahrul Azreen

Klinik Seri Anggun