Categories
Uncategorized

Tips Kesihatan 1

Bolehkah doktor terangkan apa bacaan gula normal (Normal Glucose Reading) dan bagaimana memeriksa parasnya?

Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan penerangan anda, bacaan paras gula dalam darah boleh berubah-ubah dan ia juga bergantung kepada pemakanan, pengambilan ubat dan aktiviti harian. Ia adalah sesuatu yang tidak terlalu serius. Bacaan gula normal (normal glucose readings) dalam darah untuk penghidap kencing manis ketika puasa atau tidak makan mengikut garis panduan di Malaysia ialah antara 4.4 hingga 7.0 mmol/L manakala jika bacaan diambil secara rawak secara normalnya ialah 4.4-8.5 mmol/L. Anda juga boleh membawa ayah untuk berjumpa dengan doktor untuk membincangkan lebih lanjut mengenai rawatan yang terbaik untuknya.